SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Monday, June 23, 2014

Program Jari Waris - PPT 2014

Program telah diadakan pada hari Sabtu 21hb Jun 2014 bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tgh hari melibatkan penyerahan rekod kemajuan murid kepada Ibubapa pelajar Ting 1 - 4 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2014.

Tuesday, May 20, 2014

Sambutan Hari Guru 2014

Sambutan Hari Guru peringkat SMK Kampung Gelam telah diadakan pada 16hb Mei 2014 dianjurkan oleh Kelab Staff dengan kerjasama Badan Pengawas Sekolah.


RIMUP SPM 2014 di SMK Kem Terendak

RIMUP SPM 2014 telah berlangsung di SMK Kem Terendak pada 10hb Mei 2014 melibatkan pelajar tingkatan 5 Al-Biruni.



Kem Motivasi SPM 2014

Kem Motivasi SPM anjuran Petronas Penapisan Melaka Sdn Bhd (PPMSB) telah berlangsung pada 10 Mei 2014 bertempat di Holiday Inn, Melaka. Kem ini disertai oleh pelajar dari kelas 4 Al-Biruni dan 4 Al-Ghazali. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PPMSB atas penganjuran kem motivasi tersebut.


Monday, May 5, 2014

Modul Perekodan Perkembangan Murid

Sukacita dimaklumkan kepada semua Guru SMK Kampung Gelam, Modul Perekodan Perkembangan Murid Ting 1-3 boleh dimuat turun melalui SCHOOL DOCUMENT di dalam Laman Frog VLE Sekolah.

Klik di sini untuk akses ke Laman VLE : http://mea2101.1bestarinet.net/


Tuesday, April 29, 2014

Majlis Penutup Minggu Sains dan Matematik

Minggu Sains dan Matematik telah berlangsung bermula 21hb April - 25hb April 2014 dengan pelbagai aktiviti telah dianjurkan antaranya Pertandingan Sodoku, I-think, Kuiz, Doktor muda dan pelbagai lagi. Dengan tema "Menjana Minda Kreatif dan Inovatif" dikalangan pelajar. Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh En. Ramlan bin Hassan GPK HEM SMK Kampung Gelam.

Wednesday, April 16, 2014

Guru lupa ID dan Katalaluan VLE Frog?

Jika guru-guru terlupa ID dan Katalaluan bagi VLE Frog 1Bestarinet, anda boleh mendapatkan ID dan Katalaluan dengan cara memasukkan No Kad Pengenalan pada PAUTAN PENTING PERKHIDMATAN :


Saturday, April 12, 2014

Mesyuarat Agung PIBG Ke-4 2014

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-4 SMK Kampung Gelam telah berlangsung di Dewan Utama SMeK-G pada 12hb April 2014. Mesyuarat dirasmikan oleh ADUN Pantai Kundor iaitu YB Datuk Hj Ab. Rahaman bin Hj. Ab Karim. Mesyuarat pada kali ini adalah bertujuan mendapatkan persetujuan bagi beberapa usul antaranya memfokuskan kepada peratus kehadiran murid ke sekolah dan kemenjadian akademik serta pelantikan AJK baru bagi sesi 2014/2015.



Monday, March 31, 2014

Majlis Pelantikan Pengawas 2014

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, ICT dan Pusat Sumber diadakan pada pagi tadi semasa perhimpunan rasmi sekolah.


Monday, March 17, 2014

Minggu Teknik & Vokasional 2014

Minggu Teknik & Vokasional peringkat SMK Kampung Gelam telah berlangsung pada 03hb Mac - 07hb Mac 2014. Pada hari ini 17 Mac 2014 telah diadakan Majlis Penutup dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Ghazali bin Ahmad, Pengetua SMK Kampung Gelam semasa perhimpunan rasmi sekolah. Persembahan klip video aktiviti sepanjang minggu tersebut telah ditayangkan dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.



Merentas Desa 2014

Acara merentas desa peringkat sekolah telah berlangsung pada 11 Mac 2014. Acara dimulakan pada jam 7.20 pagi dan berakhir pada 9.00 pagi. Acara pada tahun ini dimeriahkan lagi dengan penyertaan daripada pelajar-pelajar Pendidikan Khas. Rumah Satria sekali lagi menjadi Johan bagi Acara Merentas Desa 2014 pada kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta.







Perkhemahan Pemantapan Remaja Muslim Cemerlang Tingkatan 1

Perkhemahan Pemantapan Remaja Muslim Cemerlang Tingkatan 1 2014 telah diadakan pada 28 Februari - 1 Mac 2014 bertempat di SMK Kampung Gelam. Seramai 107 orang murid yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 telah menyertai perkhemahan tersebut. Pelbagai aktiviti telah disusun Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah sebagai wadah pengisian program antaranya Program I-Think, Solat Jumaat, Kawad Kaki, LDK, Penghayatan Malam, Senamrobik, Merentas Desa dan Ujian Psikometrik. Tahniah dan sekalung penghargaan diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menyertai program ini, fasilitator(dikalangan pelajar sekolah ini) dan guru-guru yang membantu menjayakan perkhemahan tersebut.

Thursday, February 27, 2014

LADAP Bil 1 2014

Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 1 2014 telah dijalankan pada 22 Februari 2014 berfokus kepada Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM).

Tuesday, February 25, 2014

Majlis Pelancaran NILAM & Perasmian Penutup Minggu Bahasa

Pelancaran NILAM telah diadakan pada perhimpunan rasmi sekolah 24hb Februari 2014 serentak dengan perasmian penutup minggu bahasa.
Minggu Bahasa telah dijalankan bermula pada 24 - 28hb Februari 2014. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dianjurkan oleh panitia Bahasa Melayu dan panitia Bahasa Inggeris sepanjang minggu tersebut. Syabas & tahniah kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dan sekalung penghargaan kepada ahli jawatankuasa Bidang Bahasa atas penganjuran tersebut.


Friday, February 21, 2014

NAIB JOHAN PERTANDINGAN KRIKET PERINGKAT NEGERI MELAKA

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Kriket SMeK-G, Jurulatih Pasukan, Guru Penasihat & Guru Pengiring atas kejayaan Naib Johan Pertandingan Kriket Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di SMK Malim. Syabas diucapkan kepada semua pemain.

Monday, February 17, 2014

Pelancaran Program Guru Penyayang 2014

Dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj. Mohd Ghazali bin Ahmad semasa perhimpunan rasmi sekolah pagi tadi di Dewan Utama SMK Kampung Gelam.


Wednesday, February 12, 2014

Majlis Sambutan Kedatangan Pengetua Baru

Majlis menyambut kedatangan Pengetua baru telah diadakan semasa perhimpunan rasmi sekolah pada 10 Februari 2014. Tn. Hj. Mohd Ghazali bin Ahmad mula ditugaskan di Sekolah ini pada 03 Februari 2014 bagi mengantikan mantan Pengetua sebelum ini iaitu En. Roszelan bin Majid yang telah bertukar tempat bertugas. Tn. Hj. Mohd Ghazali bin Ahmad sebelum ditugaskan di sekolah ini adalah merupakan Pengetua SMK Kem Terendak, Melaka. Semua warga SMeK-G mengucapkan selamat datang kepada Tuan Pengetua.



Saturday, February 8, 2014

Kejayaan Merentas Desa Peringkat Negeri

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhd Fitri Rahman dan Muhammad Helmi Zulkifli atas kejayaan Acara Merentas Desa Peringkat Negeri Melaka yang telah diadakan pagi tadi di SMK Ade Putra. Fitri Rahman mendapat tempat ke7 dan layak mewakili Melaka ke Sabah nanti. Helmi Zulkifli tempat ke20 dan akan menerima hadiah negeri Melaka. Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta dan guru-guru olahraga.

Tuesday, February 4, 2014

Makan Malam Perpisahan Tuan Pengetua En. Roszelan Majid

Majlis Makan Malam Perpisahan Tuan Pengetua En. Roszelan bin Majid dikelolakan oleh Jawatankuasa Kelab Staff 2014 bertempat di Hotel MAIM Pantai Puteri. Majlis bermula pada jam 8.30 malam 03hb Februari 2014.

Sejambak Budi Terukir Kenangan

Majlis perpisahan Mantan Pengetua SMK Kampung Gelam En. Roszelan bin Majid telah di adakan semasa Perhimpunan Rasmi 03hb Februari 2014. Semua warga SMeK-G mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Tuan Pengetua yang telah berpindah tempat bertugas di SMK Gajah Berang.