Blog Archive

Tuesday, June 23, 2009

Ujian Bomba

Pasukan bomba pagi ini membuat penilaian keselamatan dan pengujian sistem mengawal keselamatan kebakaran yang dipasang dibangunan sekolah sebelum sijil keselamatan dikeluarkan. Pasukan terdiri dari tiga pegawai ini memeriksa sistem pemadam api, pili bomba, pengesan asap, rumah pam dan sistem amaran awal loceng.Bersama pasukan bomba adalah pasukan arkitek bangunan, kontraktor, juru runding bangunan dan wakil pehak berkuasa tempatan. Semua ujian ini telah berjaya dilakukan dan mesyuarat untuk mengesahkan penilaian itu dibuat di pusat sumber sekolah .

Pemadam api yang dipasang di dinding bangunan sekolah berfungsi dengan baik dan pili bomba juga mempunyai tekanan mencukupi untuk semburan air.Apa yang diharapkan pelajar sekolah bersama menjaga semua peralatan ini supaya ianya dapat berfungsi sepanjang masa.

0 comments: