Blog Archive

Friday, April 6, 2012

Pertandingan Akhir Multimedia OpenOffice.org 2012

Tahniah kpd pelajar yg mewakili sekolah dlm Pertandingan Open Office Impress Presentation iaitu Ahmad Sufian Ismail dan Muhammad Zulhelmi Othman kerana mendapat tempat ke 3 dan ke 4 pada pertandingan akhir yang berlangsung di MITC pagi tadi. Tahniah dan syabas diucapkan!

Jabatan Pelajaran Melaka telah menganjurkan pertandingan akhir multimedia berasaskan OpenOffice.org / LibreOffice sempena Karnival Pendidikan Melaka 2012. Pertandingan tersebut telah berjalan dengan lancar bermula pukul 10 pagi bertempat di MITC, Melaka pada 5 April 2012 (Khamis). Seramai 20 orang pelajar yang layak ke pertandingan akhir mewakili sekolah menengah atas dan rendah negeri Melaka telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pertandingan ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan perisian yang dibangunkan melalui sumber terbuka atau open source kepada pelajar-pelajar. Sepanjang pertandingan tersebut pelajar-pelajar dikehendaki menyediakan satu persembahan dengan menggunakan aplikasi Impress. Hasil persembahan yang disediakan akan diadili oleh dua orang juri yang dilantik khas dari Universiti Multimedia.  
 

0 comments: