Kepada semua Guru-guru SMK Kampung Gelam yang berdedikasi, ^_*
Sistem Pengurusan Sekolah atau dengan nama ringkasnya SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid(SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku & Disiplin Murid (SSSM) dan Integrated Student Information System (ISIS) serta yang terbaru Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM). Penyeragaman sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam(DDSA). SPS yang akan dilaksanakan kelak mengandungi 22 modul pengurusan. Sehingga penghujuang tahun ini 6 modul perlu dilengkapkan oleh semua sekolah-sekolah seluruh Malaysia dan dijadikan sebagai KPI Pengarah Pelajaran Negeri.
Sehubungan dengan itu Tuan-tuan & Puan-puan diminta untuk melengkapkan butiran peribadi masing-masing melalui USER ID & KATALALUAN yang telah disediakan.
Berikut adalah laman web yang perlu diakses :https://sps.1bestarinet.net/
User ID : ic_penuh.MEA2101
Katalaluan : ic penuh
Contoh;
Id : 123456781234.MEA2101
Katalaluan : 123456781234
*Sila muat turun Manual penggunaan pada laman berikut : http://skpkperlis.edu.my/wp-content/uploads/2013/11/manual-pengguna-sps-modul-pengurusan-staf-v2.0.0.pdf
0 comments:
Post a Comment