Wednesday, July 18, 2012
Tuesday, July 17, 2012
Khidmat Bantu PSS SMeK-G
Pusat Sumber sekolah bersama PKG Kampung Gelam telah bekerjasama mengadakan program Khidmat Bantu Perputakaan sekolah bertujuan untuk memberikan latihan dan bimbingan disamping memantapkan pengurusan PSS Sekollah
Program berlangsung selama 3 hari bermula jam 2 -5 petang dari 10 hingga 12 Julai 2012 melibatkan guru ajk PSS sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan 10 orang guru media dan jurulatih utama dari sekolah berhampiran.
Penutupan program disempurnakan oleh penoling pengarah BTPN Melaka
Latihan Dalam Perkhidmatan 4
Tarikh : 14 Julai 2012 ( Sabtu)
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama dan Makmal Komputer
Masa : 8 pagi hingga 2 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama dan Makmal Komputer
Masa : 8 pagi hingga 2 petang
Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang
Sekolah mengadakan majlis pelancaran mengibarkan Jalur Gemilang pada hari Selasa 17 Julai 2012 bertempat di tapak perhimpunan bermula jam 730 pagi.
Pengisian program adalah perarakan dan upacara menaikkan bendera, nyanyian lagu patriotik dan agihan bendera kepada pelajar untuk bersama mengibarkannya.
Selain itu beberapa acara sokongan untuk memeriahkan bulan kemerdekaan dan keceriaan sekolah turut akan dilaksanakan dalam tempoh sambutan...
Pengisian program adalah perarakan dan upacara menaikkan bendera, nyanyian lagu patriotik dan agihan bendera kepada pelajar untuk bersama mengibarkannya.
Selain itu beberapa acara sokongan untuk memeriahkan bulan kemerdekaan dan keceriaan sekolah turut akan dilaksanakan dalam tempoh sambutan...
Saturday, July 14, 2012
Perkhemahan Pemantapan Muslim Cemerlang
Program ini telah berlangsung selama dua hari bermula 13 Julai 2012 hingga 14 Julai 2012 yang melibatkan semua pelajar-pelajar ting 1 2012. Pelbagai aktiviti telah disusun bertujuan untuk meningkatkan sahsiah terpuji pelajar-pelajar serta membentuk keyakinan diri yang utuh dikalangan mereka. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program tahunan sekolah ini, iaitu guru-guru, fasillitator &pelajar-pelajar.




Monday, July 9, 2012
Pelancaran Hari Koperasi Sekolah
Pada waktu perhimpunan sekolah hari ini sekolah melancarkan Hari Koperasi Peringkat Sekolah bagi Tahun 2012 yang di rasmikan oleh Tuan Pengetua SMeK-G. Tetamu adalah wakil Angkasa Negeri Melaka En Jamal Ibrahim
Pengisian Program adalah
Pengisian Program adalah
- pembacaan teks ucapan YDP Angkasa, Menteri dan TPM oleh ALP koperasi sekolah
- ucapan perasmian dan gimik pelancaran
- penyampaian sijil kepada koperator terbaik
- Agihan hadiah koperasi untuk semua tingkatan
- Nyanyian bersama lagu koperasi oleh hadirin
- Penanaman pokok oleh perassmi bersama pelajar T5
Monday, July 2, 2012
Friday, June 22, 2012
Monday, June 18, 2012
Jadual Sukan Tahunan
6/18/2012 01:28:00 PM
No comments
Jadual Saringan Kejohanan Balapan & Acara Padang Hari Sukan
SMK Kampung Gelam Kali Ke-3 Tahun 2012
HARI : ISNIN
8.00 - 9.30 pagi
Rejam Lembing (L15,P15, L18, P18)
2.00 - 3.30 petang
Lempar Cakera (L15,P15, L18, P18)
Lompat Jauh (L15,P15, L18, P18)
Lompat Tinggi (L15,P15)
200M (L15,P15, L18, P18)
1500M (L15,P15, L18, P18)
HARI : SELASA
2.00 - 3.30 petang
Lontar Peluru (L15,P15, L18, P18)
Lompat Tinggi (L18, P18)
400M (L15,P15, L18, P18)
800M (L15,P15, L18, P18)
Jadual Kejohanan Balapan & Acara Padang Hari Sukan
SMK Kampung Gelam Kali Ke-3 Tahun 2012
HARI : KHAMIS
2.30 petang - Ketibaan Tetamu/Para Jemputan
2.35 petang - Perbarisan/Ucapan Pengetua/Perasmian tetamu Jemputan
3.15 petang
100M (L15,P15, L18, P18)
4X100M (L15,P15, L18, P18)
4X400M (L15,P15, L18, P18)
Tarik Tali
Pintu Gerbang
5.45 petang - Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah
Tuesday, May 22, 2012
Friday, May 18, 2012
Thursday, May 17, 2012
SMeK-G di akhbar harian
5/17/2012 07:39:00 PM
No comments
PELAJAR sekolah, Nor Sofiah Ros, (kiri) menyuapkan kek kepada Guru, Ustaz Abdul Halim Maidin, (kanan) sambil diperhatikan guru-guru sekolah lain pada sambutan Hari guru 2012 di Dewan Besar SMK Kampung Gelam, Tanjung Kling, Melaka. Guru-guru sekolah turut memakai baju sekolah bagi tema pada sambutan Hari Guru 2012. Foto: Rasul Azli Samad (16/05/2012)
Tuesday, May 15, 2012
Selamat Hari Guru
5/15/2012 10:20:00 AM
No comments
Sambutan di peringkat sekolah akan di adakan pada hari Rabu 16 Mei serentak dengan sekolah lain di seluruh negara. Antara acara yang dirancang adalah olih sekolah adalah
a. sambutan kembali ke sekolah untuk semua guru
b. pembacaan perutusan
c. sukaneka
d. persembahan pelajar
e. jamuan hari guru di Hotel Heritage Melaka
Friday, May 11, 2012
latihan Dalam Perkhidmatan
5/11/2012 09:27:00 AM
No comments
Pada hari Sabtu 12 Mei 2012 bertempat di dewan sekolah 4 buah sekolah bergabung untuk mengadakan LDP Kelompok untuk semua guru sekolah masing-masing .
Sekolah yang terlibat adalah SMk Gajah Berang, SMK Infant Jesus Convent, SMK Kem Terendak dan tuan rumah SMK Kampung Gelam Melaka . Permuafakatan yang baik antara semua sekolah ini berjaya berkerjasama untuk melaksanakan program ini
Ceramah 1:
Transformasi Pendidikan : Realiti dan Cabaran
YBHG Dato’ Haji Isa Bin Abu
Mantan Pengarah Pelajaran Melaka dan KP Sekolah Harian KPM
Ceramah 2:
Isu-isu dalam Pengurusan Perkhidmatan Awam
Puan Rozana Bt. Ismail
Ketua Sektor Perkhidmatan Pengurusan & Pembangunan Jabatan Pelajaran Melaka
Mid Year Exam 2012
5/11/2012 09:20:00 AM
No comments
Peperiksaan pertengahan tahun untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 bermula pada 9 Mei hingga 22 Mei 2012.
Sementara itu pelajar tingkatan 1,2 dan 3 akan mula menduduki peperiksaan pada tarikh 14 Mei hingga 21 Mei nanti...Selamat Menduduki Peperiksaan dan selamat Maju Jaya untuk semua ...buat yang terbaik
Sementara itu pelajar tingkatan 1,2 dan 3 akan mula menduduki peperiksaan pada tarikh 14 Mei hingga 21 Mei nanti...Selamat Menduduki Peperiksaan dan selamat Maju Jaya untuk semua ...buat yang terbaik
Wednesday, May 2, 2012
Minggu Sains Dan Matematik
5/02/2012 03:56:00 PM
No comments
Tarikh : 23-27 April 2012
Tema : "Sains dan Matematik Menjana Transformasi Minda"
Tema : "Sains dan Matematik Menjana Transformasi Minda"
Aktiviti dijalankan
- Kuiz spontan Sains dan Matematik
- Pertandingan reka bentuk bahan terbuang
- Spell It Right Mathematics and Soduku
- Folio Sains
- Teka Silangkata
- Program Nilam pembacaan bahan Sains
- Pameran Sains dan DIY
- Pertandingan congak terpantas
- Pertandingan mengenal simbol dan objek Matematik
- Pertandingan mengenal alatan dan Radas Sains
Monday, April 30, 2012
Tahniah SMeK-G
4/30/2012 12:07:00 PM
No comments
Sekolah menerima anugerah kecemerlangan daripada Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah semasa perhimpunan bulanan suku tahun 2012 bertempat di Audotirium Hang Kasturi Yayasan Melaka di MITC pada hari Jumaat 27 Februari 2012.
RIMUP Kecemerlangan PMR 2012
4/30/2012 10:47:00 AM
No comments
Sekolah menjadi tuan rumah untuk siri 2 Program Kecemerlangan RIMUP PMR 2012 yang di adakan pada Sabtu 28 April 2012 bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang
Program, dimulai dengan Ceramah motivasi oleh Pengetua SMK Kem Terendak dan diikuti dengan ceramah menjawab kertas Bahasa Inggeris dan Matematik.
Program disertai seramai 320 orang peserta dari 8 buah sekolah iaitu dari SMK Seri Tanjung, SMK Seri Pangkalan , SMK Tun Tuah, SMK Padang Temu, SMK Malim , SMK Kem Terendak,SMK Kg Gelam dan SMK Klebang Besar.
Pada hari yang sama Panitia Geografi sekolah bersama panitia geografi SMK Bukit Rambai juga mengadakan bengkel menjawab SPM dikendalikan oleh penceramah dari SMK Durian Tunggal di Pusat Sumber sekolah.
Monday, April 23, 2012
Saturday, April 7, 2012
Syabas Herza Farina
HERZA FARINA BINTI RAMLAN (2 ALB) telah dinobatkan sebagai JOHAN dalam pertandingan melukis kategori Menengah Rendah peringkat Negeri Melaka sempena Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2012 di MITC pada jumaat 6 April. Hadiah berupa wang tunai RM 100.00 dan sebuah hamper.
Diharapkan kejayaan keluarga seni guru ini akan juga memberi dorongan untuk kejayaan pelajar lain dan juga memberi pencapaian terbaik untuk Negeri Melaka di peringkat Kebangsaan pula.Tahniah dan Syabas dari warga SMeK-G...
Friday, April 6, 2012
Perkhemahan Kadet koreksional 2012
Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Negeri Melaka Tahun 2012 telah diadakan pada 2 April hingga 5 April 2012 di Pusat Kokurikulum Lanchang, Melaka. Perkhemahan kali ini merupakan anjuran bersama Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad dan SMK Henry Gurney, Telok Mas, Melaka.
Tahun ini merupakan tahun pertama SMK Kampung Gelam menghantar kontinjen. Walaupun tidak berjaya mendapat tempat pertama, namun begitu kontinjen SMK Kampung Gelam mampu memberi saingan kepada sekolah-sekolah lain.
Ini kerana dalam beberapa pertandingan yang diadakan, kontinjen SMK Kampung Gelam telah berjaya mendapat tempat kedua. Antara pertandingan tersebut adalah:
Kategori SENTAP - Seni Tangkas Penjara Lelaki dan Perempuan.
Kawad Kaki Perempuan - Farah Nasuha bt Razin
Merentas Desa Lelaki
Antara lain, kawad kaki lelaki mendapat tempat ke-3 iaitu oleh Mohd Fadzil Sufi b. Bachik dan kawad kaki berpasukan mendapat tempat ke-4.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta perkhemahan ini kerana memberi komitmen yang baik sepanjang 4 hari perkhemahan.
Pertandingan Akhir Multimedia OpenOffice.org 2012
Tahniah kpd pelajar yg mewakili sekolah dlm Pertandingan Open Office Impress Presentation iaitu Ahmad Sufian Ismail dan Muhammad Zulhelmi Othman kerana mendapat tempat ke 3 dan ke 4 pada pertandingan akhir yang berlangsung di MITC pagi tadi. Tahniah dan syabas diucapkan!
Thursday, April 5, 2012
Tahniah peserta MTQ 2012
Syabas dan tahniah untuk wakil sekolah dan guru pembimbingnya dalam MTQ yang memenangi Johan dan Naib Johan acara hafazan dan syarahan
Tuesday, April 3, 2012
Pelantikan Pengawas sekolah 2012
Tarikh : 29 Mac 2012
Disempurnakan oleh
PP MOHD ROTHMAN BIN BUJANG
Komandan Institut Koreksional Malaysia
Friday, March 30, 2012
Wednesday, March 21, 2012
Tahniah Herza Farina Ramlan
HERZA FARINA RAMLAN telah mendapat Johan dalam Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Menengah Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2012 yang telah diadakan pada 21 Mac 2012 dan akan mewakili daerah Melaka Tengah didalam pertandingan peringkat negeri Melaka semasa Program Karnival Pendidikan Negari Melaka di MITC nanti
HERZA FARINA mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Bintang Melaka fm Bulan Februari yang diadakan di Muar Johor pada 3 Mac 2012
Sayembara Puisi & Lagu 2012
3/21/2012 10:43:00 AM
No comments
SMK Kampung Gelam menjadi penganjur untuk kali ke-2 Pertandingan Sayembara Puisi & Lagu Peringkat Daerah Melaka Tengah 2012. Program ini bermatlamat melahirkan generasi muda yang mampu menghasilkan karya puisi bermutu di samping menambah khazanah lagu-lagu puisi Melayu.
Tahniah kepada pasukan SMeK-G kerana mendapat tempat ke-3 & layak ke pertandingan akhir peringkat negeri di Karnival Pendidikan MITC nanti.
Monday, March 5, 2012
Kejohanan Perahu Layar MSS Melaka
3/05/2012 10:09:00 AM
No comments
Baru-baru ini 4 orang peserta perahu layar wakil sekolah menyertai Kejohanan Perahu Layar MSS Melaka 2012 pada 29 Februari - 1 Mac 2012 & telah memenangi beberapa tempat iaitu :-
Bagi kategori perempuan LASER 4.7
Naib Johan - Fattin Nur Afiqah binti Ahmad Rizal
Bagi kategori lelaki LASER RADIAL
Johan - Ahmad Nur Qayyum bin Ahmad Rizal
Naib Johan - Ahmad Nur Afnan Farhan bin Ahmad Rizal
Tempat Ke-4 - Muhd Amirul bin Ayob
Johan kategori lelaki laser radial, Ahmad Nur Qayyum bin Ahmad Rizal akan mewakili negeri Melaka ke Kejohanan Perahu Layar Majlis Sukan Sekolah Malaysia.
TAHNIAH & SYABAS DIUCAPKAN!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)