Warga sekolah mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Ungku Khairunnisa Bt Ungku Mohd Nordin yang telah berlangsung di Orna Golf Resort Melaka pada Ahad 28 November 2010. Tahniah dan semoga berbahgia menempuh alam perkahwinan .
SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA
TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF
TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF
KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA
Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.
Warga SMK Kampung Gelam Melaka mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Hajah Juliah binti Haji Leman, Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka yang telah dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Melaka. Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Haji Isa bin Haji Abu, Pengarah Pelajaran Melaka yang telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (BPSH, KPM). |
Berakhirnya persekolahan bagi tahun 2010 diakhiri dengan majlis izin restu pelajar calon sulung SPM pada sebelah pagi dan perhimpunan di dewan utama SMeK-G pada tengahari..Sempena itu juga diadakan penutupan Prolep dan majlis penyampaian hadiah diikuti salam salaman antara guru dan pelajar. Kepada guru-guru yang bakal berpindah, hari ini merupakan hari terakhir sebelum melangkah ke tempat baru. Diharapkan Puan Nurul Nadiah, Mr.Nicholas Roy, Puan Lan dan En.Mohd Nur Najmie meneruskan kecemerlangan di tempat baru..Namun jangan dilupakan kami disini..apa yang baik jadikan kenangan indah...apa yang buruk jangan disimpan di hati.. Selamat Pengantin Baru juga untuk bakal pengantin pada masa cuti sekolah ini iaitu Cikgu Ungku Khairunnisa dan cikgu Mastura .... Selamat maju jaya juga diucapkan kepada Guru GSTT, En.Mohd Qayyum, Cik Mastura dan Puan Normala..InsyaAllah ada umur kita bertemu lagi.. |
Acara menarik telah dilaksanakan di sekolah pada hari ini. Guru-guru SMeK-G bergaya di hadapan kamera untuk gambar kenangan bagi sesi 2010. Selepas itu, upacara menyembelih ayam pula menyusul. Sebanyak 15 ekor ayam telah disembelih di SMeK-G. Alhamdulillah, semua ayam-ayam itu berjaya disembelih dengan cara yang betul. Para pelajar juga membantu guru untuk memasak pula ayam yang telah disembelih menjadikan suasana sekolah pada hari ini seperti gotong royong. Suasana yang sudah jarang untuk berlaku dewasa ini. Sesungguhnya aktiviti pada hari ini banyak memberi pengalaman berguna kepada anak-anak pelajar. Syabas dan tahniah kepada semua warga SMeK-G. |
Majlis ini memberi penghargaan kepada para pelajar yang bergiat aktif dalam bidang kokurikulum serta berusaha bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam bidang akademik..tidak lupa juga kepada para guru yang menggerakkan segala usaha padu untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.. Perasmi majlis ini adalah YDP PIBG Tn Hj Mohamad Ali Bin Mohamad . Majlis dimulai dengan ucapan doa, persembahan multimedia koleksi program sekolah tahun ini, ucapan pengetua, ucapan perasmian oleh YDP PIBG. Persembahan drama pendek oleh pelajar yang memenangi pertandingan drama Naib Johan Negeri Melaka selasa lepas mengisi slot persembahan pelajar. Seterusnya penyampaian anugerah Pengetua, Anugerah Delima (Kurikulum) Anugerah Zamrud (Hal Ehwal Murid dan Anugerah Intan (kokurikulum ) disampaikan kepada pemenang tahun ini. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari untuk semua guru dan pelajar di dewan serbaguna. |
Majlis penutupan bulan bahasa berlangsung dengan lancar pada pagi ini walaupun diadakan ditempat baru iaitu dewan serbaguna ekoran dewan utama digunakan oleh Jabatan Pelajaran Melaka.. Majlis dimulakan dengan, 1. Nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju 2. bacaan doa oleh Ustaz sabri 3. Ucapan ketua panitia Bahasa Melayu 4.ucapan perasmian penutupan bulan bahasa oleh tuan Pengetua, Encik Roszelan b. Majid 5.Penyampaian hadiah kepada pemenang 6.Bacaan Ikrar pelajar 7.Nyanyian lagu sekolah 8.bersurai.. tahniah kepada pihak panitia BM dan BI serta guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak.. semoga lebih banyak lagi program dan aktiviti sekolah dapat dilaksanakan demi mencapai kecemerlangan akademik, sasiah, rohani dan jasmani pelajar. |
Pada 15hb Oktober 2010, SMeK-G telah mengadakan rombongan sambil belajar ke Cameron Highlands.Rombongan ini disertai seramai 38 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring. Perjalanan bermula seawal jam 2pagi. Para peserta lawatan berkumpul di sekolah pada jam 1.30pagi dan kami memulakan perjalanan tepat jam 2pagi. Wajah-wajah keriangan tergambar pada wajah anak-anak pelajar. Kami berhenti solat subuh dan sarapan pagi di hentian rehat RnR Tapah pada pukul 6 pagi. Perjalanan kami semakin hampir ke destinasi. Tepat jam 9.15 pagi, kami tiba di Cameron Highlands. Antara tempat-tempat yang menarik kami lawati adalah seperti berikut: 1. Bee Farm 2. Smoke House 3. Mardi 4. Pasar Malam Brinchang 5. Kea Farm 6. Ladang Teh Kami tiba di Pusat Kraf Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang. Disini para peserta mengunjungi pameran yang disediakan. Peserta juga mengambil peluang melukis batik, mengecop batik. Kami bergerak pulang ke Melaka dengan senyuman kepuasan menikmati pemandangan ciptaan Allah dan kenangan-kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Kami tiba di Melaka pada jam 6.52 petang. |
Dibina :05.06.07
Siap dibina:16.11.08
Di buka Pada:15.06.09
Alamat :
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam ,
KM 13 , Kampung Gelam
76400 Tanjung Kling,
Melaka.
Kod Sekolah :
MEA 2101
Telefon :06-3510477
Fax:06-3512476
Blog :
smkgelam.blogspot.com
email :