Monday, April 23, 2012
Saturday, April 7, 2012
Syabas Herza Farina
HERZA FARINA BINTI RAMLAN (2 ALB) telah dinobatkan sebagai JOHAN dalam pertandingan melukis kategori Menengah Rendah peringkat Negeri Melaka sempena Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2012 di MITC pada jumaat 6 April. Hadiah berupa wang tunai RM 100.00 dan sebuah hamper.
Diharapkan kejayaan keluarga seni guru ini akan juga memberi dorongan untuk kejayaan pelajar lain dan juga memberi pencapaian terbaik untuk Negeri Melaka di peringkat Kebangsaan pula.Tahniah dan Syabas dari warga SMeK-G...
Friday, April 6, 2012
Perkhemahan Kadet koreksional 2012
Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Negeri Melaka Tahun 2012 telah diadakan pada 2 April hingga 5 April 2012 di Pusat Kokurikulum Lanchang, Melaka. Perkhemahan kali ini merupakan anjuran bersama Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad dan SMK Henry Gurney, Telok Mas, Melaka.
Tahun ini merupakan tahun pertama SMK Kampung Gelam menghantar kontinjen. Walaupun tidak berjaya mendapat tempat pertama, namun begitu kontinjen SMK Kampung Gelam mampu memberi saingan kepada sekolah-sekolah lain.
Ini kerana dalam beberapa pertandingan yang diadakan, kontinjen SMK Kampung Gelam telah berjaya mendapat tempat kedua. Antara pertandingan tersebut adalah:
Kategori SENTAP - Seni Tangkas Penjara Lelaki dan Perempuan.
Kawad Kaki Perempuan - Farah Nasuha bt Razin
Merentas Desa Lelaki
Antara lain, kawad kaki lelaki mendapat tempat ke-3 iaitu oleh Mohd Fadzil Sufi b. Bachik dan kawad kaki berpasukan mendapat tempat ke-4.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta perkhemahan ini kerana memberi komitmen yang baik sepanjang 4 hari perkhemahan.
Pertandingan Akhir Multimedia OpenOffice.org 2012
Tahniah kpd pelajar yg mewakili sekolah dlm Pertandingan Open Office Impress Presentation iaitu Ahmad Sufian Ismail dan Muhammad Zulhelmi Othman kerana mendapat tempat ke 3 dan ke 4 pada pertandingan akhir yang berlangsung di MITC pagi tadi. Tahniah dan syabas diucapkan!
Thursday, April 5, 2012
Tahniah peserta MTQ 2012
Syabas dan tahniah untuk wakil sekolah dan guru pembimbingnya dalam MTQ yang memenangi Johan dan Naib Johan acara hafazan dan syarahan
Tuesday, April 3, 2012
Pelantikan Pengawas sekolah 2012
Tarikh : 29 Mac 2012
Disempurnakan oleh
PP MOHD ROTHMAN BIN BUJANG
Komandan Institut Koreksional Malaysia
Friday, March 30, 2012
Wednesday, March 21, 2012
Tahniah Herza Farina Ramlan
HERZA FARINA RAMLAN telah mendapat Johan dalam Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Menengah Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2012 yang telah diadakan pada 21 Mac 2012 dan akan mewakili daerah Melaka Tengah didalam pertandingan peringkat negeri Melaka semasa Program Karnival Pendidikan Negari Melaka di MITC nanti
HERZA FARINA mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Bintang Melaka fm Bulan Februari yang diadakan di Muar Johor pada 3 Mac 2012
Sayembara Puisi & Lagu 2012
3/21/2012 10:43:00 AM
No comments
SMK Kampung Gelam menjadi penganjur untuk kali ke-2 Pertandingan Sayembara Puisi & Lagu Peringkat Daerah Melaka Tengah 2012. Program ini bermatlamat melahirkan generasi muda yang mampu menghasilkan karya puisi bermutu di samping menambah khazanah lagu-lagu puisi Melayu.
Tahniah kepada pasukan SMeK-G kerana mendapat tempat ke-3 & layak ke pertandingan akhir peringkat negeri di Karnival Pendidikan MITC nanti.
Monday, March 5, 2012
Kejohanan Perahu Layar MSS Melaka
3/05/2012 10:09:00 AM
No comments
Baru-baru ini 4 orang peserta perahu layar wakil sekolah menyertai Kejohanan Perahu Layar MSS Melaka 2012 pada 29 Februari - 1 Mac 2012 & telah memenangi beberapa tempat iaitu :-
Bagi kategori perempuan LASER 4.7
Naib Johan - Fattin Nur Afiqah binti Ahmad Rizal
Bagi kategori lelaki LASER RADIAL
Johan - Ahmad Nur Qayyum bin Ahmad Rizal
Naib Johan - Ahmad Nur Afnan Farhan bin Ahmad Rizal
Tempat Ke-4 - Muhd Amirul bin Ayob
Johan kategori lelaki laser radial, Ahmad Nur Qayyum bin Ahmad Rizal akan mewakili negeri Melaka ke Kejohanan Perahu Layar Majlis Sukan Sekolah Malaysia.
TAHNIAH & SYABAS DIUCAPKAN!!!
Wednesday, February 29, 2012
Monday, February 27, 2012
Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan 2012
Semua ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan yang dilantik pada majlis perhimpunan sekolah hari ini bergambar bersama pentadbir sekolah
Tahniah pasukan Petanque
Tahniah kepada pasukan Petanque sekolah yang memenangi Tempat Ketiga Kejohanan Petanque sekolah-sekolah Negeri Melaka Tahun 2012 yang berlangsung pada 25 dan 26 Feb bertempat di stadium Petanque Seri Tanjung Melaka .Hadiah berupa Sijil, Medal dan wang tunai RM 480.00.
Wednesday, February 22, 2012
Keselamatan Jalan Raya
Lawatan kerja dan sesi perbincangan Pengetua dan PK HEM sekolah bersama Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Melaka En. Norazle Bin Sulaiman untuk menambah baik pengurusan keselamatan pelajar SMeK-G di pejabat sekolah pagi ini .
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan lampu isyarat , Kelab Keselamatan Jalan Raya, Warden lalulaintas sekolah dan perkongsian atau kerjasama yang boleh sekolah manafaatkan untuk pelajar.
Thursday, February 16, 2012
Monday, February 13, 2012
Majlis Pelancaran NILAM 2012
MAJLIS PELANCARAN NILAM 2012
SMK KAMPUNG GELAM
DIRASMIKAN OLEH :
EN. ROSZELAN BIN MAJID
(PENGETUA SMK KAMPUNG GELAM)
NILAM adalah singkatan kepada - Nadi Ilmu Amalan Membaca. Ia merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dikalangan warga sekolah.
3 elemen utama program NILAM
1. Rekod Membaca - setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
2. Pengesahan Pembacaan - guru kelas mengesahkan rekod bacaan pelajar.
3. Pengiktirafan - pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.
Tahap Pencapaian Program NILAM :-
1. Tahap Jauhari
- membina kemahiran dan minat membaca terbina satu tabiat di mana semua pelajar diwajibkan mengikuti galakan membaca tahap Jauhari.
- pelajar mengikuti aktiviti galakan membaca sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran asas.
2. Tahap Rakan Pembaca
Setelah membaca 100 buah buku, pelajar layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.
- pelajar mendapat bimbingan daripada guru (fasilitator)
- pelajar menjalankan aktiviti bercerita, membaca bersama, bicara buku bersama rakan, keluarga dan jiran.
Friday, February 10, 2012
Friday, February 3, 2012
Maulidur Rasul
Selamat menyambut Hari Keputeraan junjungan besar nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul) pada Ahad 5 Februari 2012.
Subscribe to:
Posts (Atom)