Tuesday, May 22, 2012
Friday, May 18, 2012
Thursday, May 17, 2012
SMeK-G di akhbar harian
5/17/2012 07:39:00 PM
No comments
PELAJAR sekolah, Nor Sofiah Ros, (kiri) menyuapkan kek kepada Guru, Ustaz Abdul Halim Maidin, (kanan) sambil diperhatikan guru-guru sekolah lain pada sambutan Hari guru 2012 di Dewan Besar SMK Kampung Gelam, Tanjung Kling, Melaka. Guru-guru sekolah turut memakai baju sekolah bagi tema pada sambutan Hari Guru 2012. Foto: Rasul Azli Samad (16/05/2012)
Tuesday, May 15, 2012
Selamat Hari Guru
5/15/2012 10:20:00 AM
No comments
Sambutan di peringkat sekolah akan di adakan pada hari Rabu 16 Mei serentak dengan sekolah lain di seluruh negara. Antara acara yang dirancang adalah olih sekolah adalah
a. sambutan kembali ke sekolah untuk semua guru
b. pembacaan perutusan
c. sukaneka
d. persembahan pelajar
e. jamuan hari guru di Hotel Heritage Melaka
Friday, May 11, 2012
latihan Dalam Perkhidmatan
5/11/2012 09:27:00 AM
No comments
Pada hari Sabtu 12 Mei 2012 bertempat di dewan sekolah 4 buah sekolah bergabung untuk mengadakan LDP Kelompok untuk semua guru sekolah masing-masing .
Sekolah yang terlibat adalah SMk Gajah Berang, SMK Infant Jesus Convent, SMK Kem Terendak dan tuan rumah SMK Kampung Gelam Melaka . Permuafakatan yang baik antara semua sekolah ini berjaya berkerjasama untuk melaksanakan program ini
Ceramah 1:
Transformasi Pendidikan : Realiti dan Cabaran
YBHG Dato’ Haji Isa Bin Abu
Mantan Pengarah Pelajaran Melaka dan KP Sekolah Harian KPM
Ceramah 2:
Isu-isu dalam Pengurusan Perkhidmatan Awam
Puan Rozana Bt. Ismail
Ketua Sektor Perkhidmatan Pengurusan & Pembangunan Jabatan Pelajaran Melaka
Mid Year Exam 2012
5/11/2012 09:20:00 AM
No comments
Peperiksaan pertengahan tahun untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 bermula pada 9 Mei hingga 22 Mei 2012.
Sementara itu pelajar tingkatan 1,2 dan 3 akan mula menduduki peperiksaan pada tarikh 14 Mei hingga 21 Mei nanti...Selamat Menduduki Peperiksaan dan selamat Maju Jaya untuk semua ...buat yang terbaik
Sementara itu pelajar tingkatan 1,2 dan 3 akan mula menduduki peperiksaan pada tarikh 14 Mei hingga 21 Mei nanti...Selamat Menduduki Peperiksaan dan selamat Maju Jaya untuk semua ...buat yang terbaik
Wednesday, May 2, 2012
Minggu Sains Dan Matematik
5/02/2012 03:56:00 PM
No comments
Tarikh : 23-27 April 2012
Tema : "Sains dan Matematik Menjana Transformasi Minda"
Tema : "Sains dan Matematik Menjana Transformasi Minda"
Aktiviti dijalankan
- Kuiz spontan Sains dan Matematik
- Pertandingan reka bentuk bahan terbuang
- Spell It Right Mathematics and Soduku
- Folio Sains
- Teka Silangkata
- Program Nilam pembacaan bahan Sains
- Pameran Sains dan DIY
- Pertandingan congak terpantas
- Pertandingan mengenal simbol dan objek Matematik
- Pertandingan mengenal alatan dan Radas Sains
Monday, April 30, 2012
Tahniah SMeK-G
4/30/2012 12:07:00 PM
No comments
Sekolah menerima anugerah kecemerlangan daripada Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah semasa perhimpunan bulanan suku tahun 2012 bertempat di Audotirium Hang Kasturi Yayasan Melaka di MITC pada hari Jumaat 27 Februari 2012.
RIMUP Kecemerlangan PMR 2012
4/30/2012 10:47:00 AM
No comments
Sekolah menjadi tuan rumah untuk siri 2 Program Kecemerlangan RIMUP PMR 2012 yang di adakan pada Sabtu 28 April 2012 bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang
Program, dimulai dengan Ceramah motivasi oleh Pengetua SMK Kem Terendak dan diikuti dengan ceramah menjawab kertas Bahasa Inggeris dan Matematik.
Program disertai seramai 320 orang peserta dari 8 buah sekolah iaitu dari SMK Seri Tanjung, SMK Seri Pangkalan , SMK Tun Tuah, SMK Padang Temu, SMK Malim , SMK Kem Terendak,SMK Kg Gelam dan SMK Klebang Besar.
Pada hari yang sama Panitia Geografi sekolah bersama panitia geografi SMK Bukit Rambai juga mengadakan bengkel menjawab SPM dikendalikan oleh penceramah dari SMK Durian Tunggal di Pusat Sumber sekolah.
Monday, April 23, 2012
Saturday, April 7, 2012
Syabas Herza Farina
HERZA FARINA BINTI RAMLAN (2 ALB) telah dinobatkan sebagai JOHAN dalam pertandingan melukis kategori Menengah Rendah peringkat Negeri Melaka sempena Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2012 di MITC pada jumaat 6 April. Hadiah berupa wang tunai RM 100.00 dan sebuah hamper.
Diharapkan kejayaan keluarga seni guru ini akan juga memberi dorongan untuk kejayaan pelajar lain dan juga memberi pencapaian terbaik untuk Negeri Melaka di peringkat Kebangsaan pula.Tahniah dan Syabas dari warga SMeK-G...
Friday, April 6, 2012
Perkhemahan Kadet koreksional 2012
Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Negeri Melaka Tahun 2012 telah diadakan pada 2 April hingga 5 April 2012 di Pusat Kokurikulum Lanchang, Melaka. Perkhemahan kali ini merupakan anjuran bersama Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad dan SMK Henry Gurney, Telok Mas, Melaka.
Tahun ini merupakan tahun pertama SMK Kampung Gelam menghantar kontinjen. Walaupun tidak berjaya mendapat tempat pertama, namun begitu kontinjen SMK Kampung Gelam mampu memberi saingan kepada sekolah-sekolah lain.
Ini kerana dalam beberapa pertandingan yang diadakan, kontinjen SMK Kampung Gelam telah berjaya mendapat tempat kedua. Antara pertandingan tersebut adalah:
Kategori SENTAP - Seni Tangkas Penjara Lelaki dan Perempuan.
Kawad Kaki Perempuan - Farah Nasuha bt Razin
Merentas Desa Lelaki
Antara lain, kawad kaki lelaki mendapat tempat ke-3 iaitu oleh Mohd Fadzil Sufi b. Bachik dan kawad kaki berpasukan mendapat tempat ke-4.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta perkhemahan ini kerana memberi komitmen yang baik sepanjang 4 hari perkhemahan.
Pertandingan Akhir Multimedia OpenOffice.org 2012
Tahniah kpd pelajar yg mewakili sekolah dlm Pertandingan Open Office Impress Presentation iaitu Ahmad Sufian Ismail dan Muhammad Zulhelmi Othman kerana mendapat tempat ke 3 dan ke 4 pada pertandingan akhir yang berlangsung di MITC pagi tadi. Tahniah dan syabas diucapkan!
Thursday, April 5, 2012
Tahniah peserta MTQ 2012
Syabas dan tahniah untuk wakil sekolah dan guru pembimbingnya dalam MTQ yang memenangi Johan dan Naib Johan acara hafazan dan syarahan
Tuesday, April 3, 2012
Pelantikan Pengawas sekolah 2012
Tarikh : 29 Mac 2012
Disempurnakan oleh
PP MOHD ROTHMAN BIN BUJANG
Komandan Institut Koreksional Malaysia
Friday, March 30, 2012
Wednesday, March 21, 2012
Tahniah Herza Farina Ramlan
HERZA FARINA RAMLAN telah mendapat Johan dalam Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Menengah Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2012 yang telah diadakan pada 21 Mac 2012 dan akan mewakili daerah Melaka Tengah didalam pertandingan peringkat negeri Melaka semasa Program Karnival Pendidikan Negari Melaka di MITC nanti
HERZA FARINA mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Bintang Melaka fm Bulan Februari yang diadakan di Muar Johor pada 3 Mac 2012
Sayembara Puisi & Lagu 2012
3/21/2012 10:43:00 AM
No comments
SMK Kampung Gelam menjadi penganjur untuk kali ke-2 Pertandingan Sayembara Puisi & Lagu Peringkat Daerah Melaka Tengah 2012. Program ini bermatlamat melahirkan generasi muda yang mampu menghasilkan karya puisi bermutu di samping menambah khazanah lagu-lagu puisi Melayu.
Tahniah kepada pasukan SMeK-G kerana mendapat tempat ke-3 & layak ke pertandingan akhir peringkat negeri di Karnival Pendidikan MITC nanti.
Monday, March 5, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)