Blog Archive

Wednesday, January 13, 2010

Aktiviti Minggu kedua

Hari Isnin 3 - 5.15ptg:
Mesyuarat kurikulum untuk semua ketua panitia dan j/k indukkurikulum .
Perbincangan aktiviti tahunan melibatkan agihan tugas , pengurusann panitia, peperiksaan, Q net, latihan guru dan jadual waktu

Hari Selasa 3 - 5ptg:
Mesyuarat unit Hal Ehwal Murid untuk semua unit bawah bidang HEM.Pengurusan HEM, aktiviti tahunan, penyelarasan Sistem Maklumat Murid dan pendaftaran pelajar .

Hari Rabu 230 ptg:
Pendaftaran persatuan dan kelab di Dewan sekolah

Padang sekolah sedang dibuat penyelengaraan oleh kontraktor bagi memotong rumput, menabur baja dan meratakan tanah untuk keseluruhan padang.Adalah dijangkakan padang ini akan mula digunakan pada bulan hadapan untuk aktiviti sukan dan permainan pelajar.

Hari Khamis 3 ptg:
Mesyuarat pengurusan kokurikulum di bilik mesyuarat utama membincangkan perancangan 2010 dan agihan tugas .

Hari Sabtu 10 pagi:
Mesyuarat Agung penubuhan PIBG sekolah yang akan dirasmikan oleh ADUN Pantai Kundur di Dewan Utama sekolah.

0 comments: