Blog Archive

Saturday, February 13, 2010

aktiviti sekolah


Pada hari Isnin 8 Februari Jawankuasa Pusat Sumber Sekolah mengadakan program pelancaran Nilam ( Nadi Ilmu Amalan Membaca) di dewan sekolah .Pelancaran dilakukan oleh Tn Pengetua dan semua pelajar disajikan dengan persembahan multimedia yang disediakan oleh guru penyelaras PSS Cikgu Norhafizah Hassan .

Semasa Cuti sekolah sempena sambutan Tahun Baru Cina unit sukan sekolah mengadakan Kem Bakat kriket bagi pelajar sekolah SMK Kg Gelam dan jemputan pelajar sekolah berhampiran seperti SK Lereh dan SK Kg Gelam selama 4 hari.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina untuk Pn Lan Bao Ying dan En Goh Mun Hock juga pelajar yang menyambutnya serta selamat bercuti untuk guru dan pelajar yang lain sehingga 22 Feb nanti. Semasa hari jumaat 12 Feb En Goh telah berpeluang membacakan sejarah dan cara sambutan ini disambutan oleh kaum Tionghua untuk makluman semua peljar dan guru di dewan sekolah.

0 comments: