Blog Archive

Friday, March 12, 2010

Sepakat membawa Berkat




Sebelum pelajar pulang bercuti pertengahan semester 1 selama seminggu yang bermula esok 13-21 Mac 2010 sekolah mengadakan dua program ceramah.Program pertama bermula pada jam 720 pagi dengan bacan yassin beramai-ramai, diikuti maulud nabi dan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Maidin sehingga jam 9 pagi. Selepas rehat semua guru dan pelajar menghadiri ceramah keselamatan bangunan dan prosedur kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka di dewan sekolah. Sebelum pelajar bersurai pada jam 12 th mereka dibekalkan dengan bubur lambuk yang disumbangkan dari kutipan kelab guru dan kakitangan SMK Kg Gelam .

Sementara itu dibilik guru guru-guru mengadakan makan bersama Pot Luck yang dibawa dari rumah masing-masing.Kelab kebajikan guru juga mengadakan lawatan ke rumah dan menyampaikan sumbangan warga sekolah kepada dua orang pelajar yang ibubapanya meninggal dunia pada bulan ini.
Unit sukan bersama pelajar mula menyediakan gelanggang sepaktakraw secara bergotong royong dengan pekerja sekolah. Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang bersama menjayakan program pada hari ini.Sepakat membawa Berkat.

0 comments: