Blog Archive

Friday, November 19, 2010

SELAMAT BERCUTI


Selamat bercuti kepada semua warga SMeK-G..
Berakhirnya persekolahan bagi tahun 2010 diakhiri dengan majlis izin restu pelajar calon sulung SPM pada sebelah pagi dan perhimpunan di dewan utama SMeK-G pada tengahari..Sempena itu juga diadakan penutupan Prolep dan majlis penyampaian hadiah diikuti salam salaman antara guru dan pelajar.

Kepada guru-guru yang bakal berpindah, hari ini merupakan hari terakhir sebelum melangkah ke tempat baru. Diharapkan Puan Nurul Nadiah, Mr.Nicholas Roy, Puan Lan dan En.Mohd Nur Najmie meneruskan kecemerlangan di tempat baru..Namun jangan dilupakan kami disini..apa yang baik jadikan  kenangan indah...apa yang buruk jangan disimpan di hati..

Selamat Pengantin Baru juga untuk bakal pengantin pada masa cuti sekolah ini iaitu Cikgu Ungku Khairunnisa dan cikgu Mastura ....
Selamat maju jaya juga diucapkan kepada Guru GSTT, En.Mohd Qayyum, Cik Mastura dan Puan Normala..InsyaAllah ada umur kita bertemu lagi..

Kepada pelajar tingkatan 5, selamat berjaya dalam peperiksaan SPM..semoga kecemerlangan bakal diperolehi..ALL THE BEST!!!!

0 comments: