Blog Archive

Monday, April 30, 2012

RIMUP Kecemerlangan PMR 2012

Sekolah menjadi tuan rumah untuk siri 2 Program Kecemerlangan RIMUP PMR 2012 yang di adakan pada Sabtu 28 April 2012 bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang 
Program, dimulai dengan Ceramah motivasi oleh Pengetua SMK Kem Terendak dan diikuti dengan ceramah menjawab kertas Bahasa Inggeris dan Matematik.
Program disertai seramai  320 orang peserta dari 8 buah sekolah iaitu dari SMK Seri Tanjung, SMK Seri Pangkalan , SMK Tun Tuah, SMK  Padang Temu, SMK Malim , SMK Kem Terendak,SMK Kg Gelam dan SMK Klebang Besar.


Pada hari yang sama Panitia Geografi sekolah bersama panitia geografi SMK Bukit Rambai juga mengadakan bengkel menjawab SPM dikendalikan oleh penceramah dari SMK Durian Tunggal di Pusat Sumber sekolah.

0 comments: