Pelajar dan guru sudah mula menggunakan kemudahan makmal komputer yag telah di pasang 42 buah komputer dalam dua makmal . Pembelajaran komputer untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 telah bermula sejak minggu pertama persekolahan 2011.
SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA
TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF
TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF
KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA
Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.
Aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang minggu kedua ialah 1. Tahniah kepada GKMP yang baru dilantik GKMP kemanusiaan: Pn. Ramlah bt. Baba GKMP Teknik vokasional : En. Abdul Karim b. Bohari GKMP Bahasa : Pn. Rohimah GKMP Sains dan matematik : En. Goh Mun Hock 2. Mesyuarat agong unit beruniform pula telah diadakan pada hari rabu (12 hb jan 2011) Tahniah kepada barisan kepimpinan yang telah dilantik ahli-ahli unit masing2..semoga anda semua berjaya menjalankan tugas dengan baik. 3.Ceramah kesihatan untuk pelajar T1 perempuan Khamis 13 Jan Manakala pada minggu ketiga pula, aktiviti yang telah berlangsung pula ialah 1. Mesyuarat agong persatuan pada 19hb jan 2011 2. Pemilihan pemain badminton juga diadakan pada 19 hb jan 2011. Kepada pelajar yang telah terpilih, tingkatkan usaha untuk majukan sukan sekolah. Manakala pelajar yang masih belum berpeluang pergi ke pemilihan boleh berbuat demikian pada minggu hadapan 3. Pada hari Sabtu (22 hb Jan 2011), di MITC akan diadakan karnival kerjaya . Dijemput ramai2 memeriahkan dan dapatkan info2 yang menarik di sana... 4.Mesyuarat AJK kecil PIBG hari Sabtu 22 Jan 2011 ...selamat berhujung minggu bersama keluarga.... |
![]() Warga SMK Kampung Gelam Melaka mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Hajah Juliah binti Haji Leman, Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka yang telah dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Melaka. ![]() Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Haji Isa bin Haji Abu, Pengarah Pelajaran Melaka yang telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (BPSH, KPM). |
Berakhirnya persekolahan bagi tahun 2010 diakhiri dengan majlis izin restu pelajar calon sulung SPM pada sebelah pagi dan perhimpunan di dewan utama SMeK-G pada tengahari..Sempena itu juga diadakan penutupan Prolep dan majlis penyampaian hadiah diikuti salam salaman antara guru dan pelajar. Kepada guru-guru yang bakal berpindah, hari ini merupakan hari terakhir sebelum melangkah ke tempat baru. Diharapkan Puan Nurul Nadiah, Mr.Nicholas Roy, Puan Lan dan En.Mohd Nur Najmie meneruskan kecemerlangan di tempat baru..Namun jangan dilupakan kami disini..apa yang baik jadikan kenangan indah...apa yang buruk jangan disimpan di hati.. Selamat Pengantin Baru juga untuk bakal pengantin pada masa cuti sekolah ini iaitu Cikgu Ungku Khairunnisa dan cikgu Mastura .... Selamat maju jaya juga diucapkan kepada Guru GSTT, En.Mohd Qayyum, Cik Mastura dan Puan Normala..InsyaAllah ada umur kita bertemu lagi.. |
Acara menarik telah dilaksanakan di sekolah pada hari ini. Guru-guru SMeK-G bergaya di hadapan kamera untuk gambar kenangan bagi sesi 2010. Selepas itu, upacara menyembelih ayam pula menyusul. Sebanyak 15 ekor ayam telah disembelih di SMeK-G. Alhamdulillah, semua ayam-ayam itu berjaya disembelih dengan cara yang betul. Para pelajar juga membantu guru untuk memasak pula ayam yang telah disembelih menjadikan suasana sekolah pada hari ini seperti gotong royong. Suasana yang sudah jarang untuk berlaku dewasa ini. Sesungguhnya aktiviti pada hari ini banyak memberi pengalaman berguna kepada anak-anak pelajar. Syabas dan tahniah kepada semua warga SMeK-G. |
Dibina :05.06.07
Siap dibina:16.11.08
Di buka Pada:15.06.09
Alamat :
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam ,
KM 13 , Kampung Gelam
76400 Tanjung Kling,
Melaka.
Kod Sekolah :
MEA 2101
Telefon :06-3510477
Fax:06-3512476
Blog :
smkgelam.blogspot.com
email :