SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Wednesday, March 21, 2012

Tahniah Herza Farina Ramlan

HERZA FARINA RAMLAN telah mendapat Johan dalam Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Menengah Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2012 yang telah diadakan pada 21 Mac 2012 dan akan mewakili daerah Melaka Tengah didalam pertandingan peringkat negeri Melaka semasa Program Karnival Pendidikan Negari Melaka di MITC nanti
HERZA FARINA mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Bintang Melaka fm Bulan Februari yang diadakan di Muar Johor pada 3 Mac 2012

Sayembara Puisi & Lagu 2012

SMK Kampung Gelam menjadi penganjur untuk kali ke-2 Pertandingan Sayembara Puisi & Lagu Peringkat Daerah Melaka Tengah 2012. Program ini bermatlamat melahirkan generasi muda yang mampu menghasilkan karya puisi bermutu di samping menambah khazanah lagu-lagu puisi Melayu.


Tahniah kepada pasukan SMeK-G kerana mendapat tempat ke-3 & layak ke pertandingan akhir peringkat negeri di Karnival Pendidikan MITC nanti.

Monday, March 5, 2012

Pelancaran Program Guru Penyayang 2012



Kejohanan Perahu Layar MSS Melaka


Baru-baru ini 4 orang peserta perahu layar wakil sekolah menyertai Kejohanan Perahu Layar MSS Melaka 2012 pada 29 Februari - 1 Mac 2012 & telah memenangi beberapa tempat iaitu :-

Bagi kategori perempuan LASER 4.7
Naib Johan - Fattin Nur Afiqah binti Ahmad Rizal

Bagi kategori lelaki LASER RADIAL
Johan - Ahmad Nur Qayyum bin Ahmad Rizal
Naib Johan - Ahmad Nur Afnan Farhan bin Ahmad Rizal
Tempat Ke-4 - Muhd Amirul bin Ayob

Johan kategori lelaki laser radial, Ahmad Nur Qayyum bin Ahmad Rizal akan mewakili negeri Melaka ke Kejohanan Perahu Layar Majlis Sukan Sekolah Malaysia.

TAHNIAH & SYABAS DIUCAPKAN!!!

Wednesday, February 29, 2012

Takwim Peperiksaan Awam dan Sekolah 2012


Monday, February 27, 2012

Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan 2012


Semua ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan yang dilantik pada majlis perhimpunan sekolah hari ini bergambar bersama pentadbir sekolah 

Tahniah pasukan Petanque

Tahniah kepada pasukan Petanque sekolah yang memenangi Tempat Ketiga Kejohanan Petanque sekolah-sekolah Negeri Melaka Tahun 2012 yang berlangsung pada 25 dan 26 Feb bertempat di stadium Petanque Seri Tanjung Melaka .Hadiah berupa Sijil, Medal dan wang tunai RM 480.00.

Wednesday, February 22, 2012

Keselamatan Jalan Raya

Lawatan kerja dan sesi perbincangan Pengetua dan PK HEM sekolah bersama Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Melaka En. Norazle Bin Sulaiman untuk menambah baik pengurusan keselamatan pelajar SMeK-G di pejabat sekolah pagi ini .
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan lampu isyarat , Kelab Keselamatan Jalan Raya, Warden lalulaintas sekolah dan perkongsian atau kerjasama yang boleh sekolah manafaatkan untuk pelajar.




Thursday, February 16, 2012

Anugerah Pembestarian Sekolah


Monday, February 13, 2012

Majlis Pelancaran NILAM 2012

MAJLIS PELANCARAN NILAM 2012
SMK KAMPUNG GELAM
DIRASMIKAN OLEH :
EN. ROSZELAN BIN MAJID
(PENGETUA SMK KAMPUNG GELAM)


NILAM adalah singkatan kepada - Nadi Ilmu Amalan Membaca. Ia merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dikalangan warga sekolah.

3 elemen utama program NILAM
1. Rekod Membaca - setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
2. Pengesahan Pembacaan - guru kelas mengesahkan rekod bacaan pelajar.
3. Pengiktirafan - pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

Tahap Pencapaian Program NILAM :-
1. Tahap Jauhari
  • membina kemahiran dan minat membaca terbina satu tabiat di mana semua pelajar diwajibkan mengikuti galakan membaca tahap Jauhari.
  • pelajar mengikuti aktiviti galakan membaca sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran asas.
2. Tahap Rakan Pembaca
Setelah membaca 100 buah buku, pelajar layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.
  • pelajar mendapat bimbingan daripada guru (fasilitator)
  • pelajar menjalankan aktiviti bercerita, membaca bersama, bicara buku bersama rakan, keluarga dan jiran.

Friday, February 10, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H/2012M

"PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH"

Friday, February 3, 2012

Maulidur Rasul

Selamat menyambut Hari Keputeraan junjungan besar nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul) pada Ahad 5 Februari 2012.

Guru Ganti

Dua orang guru melaporkan diri sebagai guru ganti untuk Pn Samimi dan Pn Nik Zaliha yang cuti bersalin
Mereka adalah 

  • Pn Nisarita Suliana Mohd Nasri ( UMT)
  • Cik Nurul Hidayah Hidzir (UM)
Selamat datang dan semoga SMeK-G memberi pengalaman mengajar yang terbaik untuk cikgu berdua.

Friday, January 20, 2012

Selamat Tahun Baru Cina


 Sekolah bercuti pada
 Isnin     23/1/2012 ( cuti am )
 Selasa  24/1/2012 ( cuti am )
 Rabu    25/1/2012 ( cuti peristiwa )

Pelajar meneruskan persekolahan semula pada Khamis 26 Jan 2012......


Monday, January 16, 2012

Penempatan guru baru

Selamat datang kepada tiga orang guru baru yang melapor diri pagi ini.Selamat bertugas dan menjadi keluarga SMeK-G

En Mohd Khairun Jamaludin (PTV KUITHO)
Cik Nur-Al-Ain Azlin Mohd Mansor (UPSI psikologi sukan )
Cik Tang Lih Thien (UMS Matematik Fizik)



Monday, January 9, 2012

Senarai Markah, TOV & Sasaran 2012

Makluman kepada semua ketua panitia mata pelajaran, anda diminta untuk memuat turun/download fail excel yang mengandungi "Senarai Markah, TOV dan Sasaran 2012" bagi tingkatan 5, 3 & 2. 

Segala kerjasama yang diberikan diucapkan terima kasih.

Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun/download fail yang dikehendaki :-
1. Senarai Markah TOV & Target Sekolah-Tingkatan 2
2. Senarai Markah TOV & Target Sekolah-Tingkatan 3
3. Senarai Markah TOV & Target Sekolah-Tingkatan 5

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Friday, December 30, 2011

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012

Pada pagi ini telah berlangsung Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 bagi tahun 2012 dengan jumlah 131 orang pelajar yang terdiri daripada 64 lelaki dan 67 perempuan. Majlis bermula pada jam 8.30pagi di Dewan Utama SMeK-G. Terima kasih kepada YDP PIBG, Ibubapa dan guru-guru yang turut hadir untuk menjayakan program tersebut. Jika terdapat sebarang masalah berhubung masalah murid tidak dapat mendaftar diminta Ibubapa/penjaga untuk hadir ke sekolah pada minggu hadapan & pihak sekolah sedia membantu.








Saturday, November 19, 2011

Cuti Persekolahan Akhir Tahun

Tuesday, November 15, 2011

lawatan Tuanku Mizan

Pelajar dan guru berbaris di kiri kanan jalan Pantai Puteri meraikan keberangkatan tiba DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung pada petang Jumaat 11 Nov 2011 .Tuanku Mizan telah juga merasmikan Hotel Puteri pada waktu itu