Pada hari ini, para pelajar sedang menjalani peperiksaan Sumatif 2 yang baru bermula.. Harap pelajar dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan cemerlang.. ...Good luck... ..Selamat berjaya.. |
SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA
TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF
TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF
KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA
Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.
Pada hari ini, para pelajar sedang menjalani peperiksaan Sumatif 2 yang baru bermula.. Harap pelajar dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan cemerlang.. ...Good luck... ..Selamat berjaya.. |
Untuk minggu ini, aktiviti bulan membaca berjalan dengan lancar. Sempena bulan Membaca ini juga, akan diadakan Pameran Buku pada 27 Julai 2010. Untuk pembelian buku-buku pada hari pameran itu, para pelajar boleh dapatkan kupon dengan harga RM10.00. Kupon itu adalah untuk cabutan bertuah. Pelbagai hadiah menarik disediakan oleh pihak penerbit buku. Harga-harga buku yang bakal ditawarakn juga adalah berpatutan. Pelajar-pelajar boleh dapatkan kupon daripada Cik Mastura dan En. Mohd Qayyum. |
Hari ini merupakan hari pertama cuti persekolahan penggal kedua.. Walaupun cuti sekolah, SMK Kg. Gelam masih tidak kesunyian. Pada hari ini telah berlangsung acara larian Baton sempena SUKMA.. Larian Baton diketuai oleh tuan pengetua, En.Roszelan b. Majid dan diikuti oleh guru-guru serta pelajar..Di samping larian baton,pelajar juga berpeluang mengadakan persembahan di dataran sekolah.Pada masa yang sama, pelajar sekolah turut menyertai senamrobik yang diadakan di Lereh. Semua pastinya untuk memeriahkan acara sukan berprestij ~SUKMA~ dan tanda sokongan padu pihak sekolah kepada kerajaan Negeri Melaka yang telah dipilih untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini. ~Selamat bercuti kepada warga sekolah~ ~ Selamat ber 'SUKMA' kepada rakyat Negeri Melaka~ |
Pada hari ini, telah diadakan port luck untuk kesekian kalinya. Selain mengeratkan silaturahim antara guru-guru,port luck ini antara lain adalah untuk meraikan perpisahan guru praktikal PERTAMA di SMK. Kg. Gelam.Pelbagai makanan telah disediakan sendiri oleh guru-guru. Selain mengajar, terbukti guru-guru SMK Kg. Gelam berkemahiran tinggi dalam masak-memasak..Majlis meraikan tamatnya latihan amali guru pelatih Mazleen bt Mohd Derus (UITM) dan Abdul Hadi b. Rasimin (UUM) Dpli UPSI yang ditempatkan di sekolah ini dari 1 Mac -26 Mei 2010 berlangsung di kantin dengan jamuan makan tengah hari oleh kelab guru.Terima kasih dan selamat maju jaya utk mereka berdua.En. Abdul Hadi dan Cik Mazleen memotong kek bersama guru pembimbing Puan Ramlah dan Pn Rohimah |
Sempena sambutan Hari Guru 2010, SMK. Kg. Gelam telah mengadakan pertandingan badminton dan bola jaring. Pertandingan tersebut diadakan lebih awal daripada majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Bagi pertandingan badminton, peserta-peserta terdiri daripada kalangan guru-guru. Pertandingan yang diadakan hanyalah beregu campuran dan diadakan pada 12 dan 14 Mei 2010 berikut adalah pasangan beregu: 1. Cikgu Abdull Aziz b. Nahar + Cik Mastura 2. En. Ramlan b. Hassan + Pn. Siti Norashikin 3. En. Mohd Qayyum Rahman + Cik Norhafizah Hassan 4.En. Abdul Hadi + Cik Mazleen 5. Ustaz Sabri + Puan Zalizah 6. Cikgu Mat Saat + Pn. Nik Zaleha 7.En. Mohd Qayyum + Pn. Rossamizana Pemenang bagi pertandingan ini diungguli oleh pasangan En.Ramlan dan Pn. Siti Norashikin diikuti oleh En. Abdull Aziz dan Cik mastura seterusnya En. Abdul Hadi dan Cik Mazleen serta En. Mohd Qayyum dan Cik Norhafizah Hassan. Bagi pertandingan bola jaring pula, pesertanya terdiri daripada kumpulan guru menentang kumpulan pelajar. Kenangan manis buat kumpulan guru kerana telah menjaringkan bola sebanyak 7 berbalas 1. Seterusnya melayakkan kumpulan guru menjadi johan. Pertandingan ini telah diadakan pada 14 Mei 2010. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah memeriahkan arena sukan di SMK Kg. Gelam dan tidak lupa juga kepada pemenang-pemenang. Harus diingat, johan-johan supaya tidak mudah leka..Cabaran menanti anda di masa akan datang.Kejuaraan perlu dikekalkan, saingan pula mungkin bertambah sengit. Kita nantikan pertandingan akan datang. |
Dibina :05.06.07
Siap dibina:16.11.08
Di buka Pada:15.06.09
Alamat :
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam ,
KM 13 , Kampung Gelam
76400 Tanjung Kling,
Melaka.
Kod Sekolah :
MEA 2101
Telefon :06-3510477
Fax:06-3512476
Blog :
smkgelam.blogspot.com
email :