SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF

SMK KAMPUNG GELAM 2017

KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.

Blog Archive

Monday, October 4, 2010

Selamat Menduduki Penilaian Menengah Rendah 2010


Seramai 80 orang calon sulong sekolah ini akan mula menduduki PMR bermula esok 5 Oktober 2010. Pagi ini unit Bimbingan dan Kaunseling mengadakan program Izin Restu bersama semua calon dan guru subjek dan barisan pentadbir. Selain diberi nasihat dan pedoman terakhir sebelum memasuki dewan peperiksaan semua calon juga diberi sumbangan pensil dan pemadam. Semoga semua calon ini akan peroleh kejayaan yang cemerlang untuk kebaikan  masa depan mereka dan keluarga juga








Saturday, October 2, 2010

Program Muhasabah Menghadapi Peperiksaan, Bacaan Yassin & Solat Hajat Calon-Calon PMR & SPM 2010 SMeK-G

Pada 01 Oktober 2010, SMeK-G telah mengadakan "Majlis Muhasabah Menghadapi Peperiksaan, Bacaan Yassin & Solat Hajat Bagi Calon-Calon PMR & SPM 2010" yang telah dianjurkan oleh Badan Kerohanian & Panitia Pendidikan Islam Sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling bertempat di Surau Sekolah bermula dari jam 5.00 ptg hingga 9.30 mlm. Jutaan terima kasih kepada Ibubapa & para pelajar yang telah hadir pada majlis tersebut. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Biro Agama Puteri UMNO Tangga Batu di atas Ceramah Motivasi Pelajar yang telah diberikan. Semoga segala yang dihajati dan dipohon daripada Allah s.w.t akan dimakbulkan oleh-Nya. Diharapkan para pelajar yang akan menduduki PMR pada 5 Oktober ini akan memperolehi keberkatan & dapat mencanai segala yang dipelajari dengan lebih mudah dan dapat menyampaikan isi fikiran dengan lebih sempurna serta berkeyakinan semasa menjawab soalan-soalan.






Monday, September 27, 2010

Guru baru

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Pn Shahlina Binti Mustafa yang berasal dari Mergong Kedah yang melaporkan  diri sebagai guru Sejarah di sekolah kita mulai hari ini .Beliau lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan UIA dan DPLI dari UPSI. Semoga anggota baru kakitangan sekolah ini akan membantu bersama menjayakan Misi dan Visi sekolah ini.Selamat bertugas.

Pada hari Jumaat 1 Oktober sekolah juga menerima seorang lagi guru yang melapor diri sebagai guru Pendidikan Khas iaitu En Muhamad Bin Sidek berasal dari Melaka  . Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Polisi dan Persekitaran Sosial dan iktisas  dalam pengajaran pendidikan khas/pertukangan. Selamat bertugas dan tahniah kerana menjawat jawatan sebagai kakitangan kerajaan kepada mereka berdua.

Tamat Sudah Majlis Makan Malam Amal..


Tahniah kepada PIBG, Guru-guru, Staf sokongan dan seluruh warga SMEK-G atas kejayaan menganjurkan Majlis Makan Malam Amal 2010.Jutaan Terima kasih juga kepada YB Datuk yang sudi hadir walaupun berkejar dalam keadaan penat kerana baru tiba daripada Sarawak pada jam 8 malam pada 25hb Sept tetapi sanggup datang juga ke majlis kami..Tetamu istimewa, Haq Nawaz, 24 yang mencecah 245 sm serta Ali Zaman, 48, yang hanya 97.5 sm masing-masing diiktiraf sebagai lelaki tertinggi dan terpendek di dunia turut hadir dalam majlis yang diadakan di dewan SMK Kampung Gelam, Melaka. Kehadiran tetamu istimewa ini mencuri perhatian hadirin.

Friday, September 17, 2010

Majlis Makan Malam Amal



Sila hubungi sekolah untuk maklumat lanjut
063510477 ( pejabat sekolah)
0196839565( bendahari PIBG)

Monday, September 13, 2010

Jadual Peperiksaan Percubaan selaras SPM Melaka

Rabu :15.9.2010
Bahasa Melayu 1,Bahasa Melayu 2, Sejarah 1
Jumaat:17.9.2010
Matematik 1,Sejarah 2

Isnin:20.9.2010
Pendidikan Islam 1,Matematik 2
Selasa:21.9.2010
Bahasa Inggeris 1, Bahasa Inggeris 2,Pendidikan Islam 2
Rabu :22.9.2010
Geografi 1, Geografi 2
Isnin :27.9.2010
Sains 1, Sains 2
Khamis :30.9.2010
Pendidikan Seni visual 1,Pendidikan Seni visual 2
Isnin :4.10.2010
Tasawwur Islam 1, Tasawwur Islam 2

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 

Pengetua dan barisan pentadbir sekolah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idilfiri maaf zahir dan batin untuk semua guru, staff dan pelajar .Semoga sepanjang perayaan ini menambahkan rasa kesyukuran kita atas semua nikmat dari Allah swt dan kita semua dirahmati dan diberkati atas semua urusan kita di dunia sepanjang masa ....insyaAllah.

Saturday, September 4, 2010

Majlis Khatam al-Quran & Sumbangan Hari Raya


Program Tadarus al-Quran telah berlangsung pada 12.08.2010 hingga 02.09.2010 melibatkan semua pelajar SMK Kampung Gelam sempena bulan Ramadhan al-mubarak. Pada hari Jumaat, 03.09.2010 telah diadakan majlis berkhatam yang disertai seramai 22 orang pelajar sebagai penutup Program Tadarus al-Quran. Majlis diserikan dengan kehadiran YDP PIBG SMK Kampung Gelam dan diucapkan terima kasih kepada YDP di atas sumbangan peribadi yang telah diberikan. Majlis di akhiri dengan sesi bersalaman dan bermaafan antara para pelajar dan guru-guru sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba serta cuti persekolahan sempena menyambut hari lebaran.

Monday, August 30, 2010

Sambutan Hari Kemerdekaan





Semasa perhimpunan sekolah hari ini sekolah mengadakan aktiviti sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke 53. Semua pelajar, guru dan pekerja dibekalkan bubuk lambuk 1 Malaysia oleh Pusat Zakat Melaka yang diagihkan semasa mereka pulang ke rumah selepas sekolah bersurai hari ini.
Aturcara sambutan
  • perarakan bendera dan sepanduk dari luar sekolah ke dewan
  • Nyanyian lagu Negaraku,Melaka Maju dan sekolah
  • pembacaan peruutusan Hari Kemerdekaan oleh semua penolong kanan
  • Ucapan Pengetua
  • Tayangan Montaj"Kita Sudah Merdeka"
  • Sesi Info "Anak Merdeka"
  • kuiz Kemerdekaan
  • Cabutan Bertuah
  • Penyampaian hadiah aktiviti bulan kemerdekaan
  • Nyanyian beramai 1 Malaysia, Jalur Gemilang dan tanggal 31

Antara Aktiviti yang telah dijalankan
  • Kutipan rayuan Hari Pahlawan
  • Gotong Royong Perdana
  • Kuiz Kemerdekaan di perhimpunan pagi
  • Kuiz bertulis kemerdekaan
  • Pertandingan kelas ceria Merdeka
  • Pameran sejarah di bilik sejarah
  • menceriakan kawasan sekolah
  • pertandingan melukis sepanduk kemerdekaan
  • pertandingan membuat dan menaikkan wau kemerdekaan
  • Tadarus AlQuran dan Bacaan Yassin untuk pejuang Negara
  • Kutipan derma program bantuan kemanusiaan 

Saturday, August 28, 2010

Majlis berbuka puasa Kelab guru


Majlis berbuka puasa telah berjaya dilaksanakan di Shah Beach Resort.Para guru dan staf sokongan seramai 41 orang bersama keluarga mula mengambil tempat pada jam 6.30 petang. Solat berjemaah Maghrib juga diadakan berimamkan Ustaz Sabri .YDP Pibg bersama pentadbir sekolah turut serta meramaikan majlis.Kita sungguh bertuah kerana dikelilingi tempat-tempat yang menarik tanpa perlu pergi jauh. Hanya lebih kurang 5 minit dari SMK Kampung Gelam. Berbuka puasa di sini sambil di sapa angin selat Melaka memberikan suasana yang nyaman..

Thursday, August 26, 2010

Semarakkan semangat merdeka..

Sepanjang minggu ini pelajar sekolah begitu teruja dengan sambutan kemerdekaan. Pelajar-pelajar memanfaatkan masa lapang ketika waktu rehat dan sanggup berkampung di sekolah pada sebelah petang untuk menyiapkan banner kelas masing-masing. Setiap ahli kelas menunjukkan komitmen untuk menyiapkan kain rentang. Walaupun semua kain rentang masih dalam proses, hasil tinjauan yang dibuat rata-rata mempamerkan kreativiti tersendiri untuk menunjukkan semangat menyambut kemerdekaan.Telatah pelajar yang berusaha menyembunyikan hasil masing-masing dari kelas lain juga mencuit hati.

Selamat meneruskan usaha ye para pelajar..

Monday, August 23, 2010

Selamat Datang

Selamat datang diucapkan kepada guru dan staff sokongan yang mulai berkhidmat di SMK Kampung Gelam pada 23 ogos 2010. Semoga kehadiran tuan membantu dan memeriahkan lagi suasana di sini.Mereka adalah
  • Cikgu  Azizan Bin Jaafar  DG44 guru Bahasa Melayu
          Bertukar dari SMK Dato Haji Talib Karim,Melaka
  • Puan Jemaah Binti Md Zin
         Pembantu Makmal C17 bertukar dari SMK Sultan Alauddin, Masjid Tanah, Melaka


Monday, August 16, 2010

Selamat menjawab Peperiksaan Percubaan PMR

Dapatkan set  latihan ulangkaji di pautan ini.
Bermula pada 16.Ogos 2010, pelajar tingkatan 3 menduduki peperiksaan percubaan PMR
pelajar-pelajar boleh dapatkan tips peperiksaan melalui pautan  ini VirtualFriends 1 , Virtual Friends 2


Sekolah mengalualukan kedatangan guru baru En Salezman B. Salleh Dari UPSI berkelulusan Ijazah Teknologi Rekabentuk Berkomputer menjadi ahli keluaraga baru SMK Kg Gelam bermula 19 Julai 2010.Anak kelahiran Melaka ini diharapkan akan membantu sekolah membudayakan kompetensi ICT di kalangan guru dan pelajar disamping membantu kecemerlangan anak didik Kg Gelam khasnya. 

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan


Sempena bulan kemerdekaan, SMK Kampung Gelam telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-53 dengan bertemakan '1Malaysia Menjana Transformasi'


                           

                              


Aturcara Majlis
  • Guru & pelajar mengambil tempat
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Lagu Sekolah
  • Bacaan doa
  • Ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua, En. Roszelan b. Majid
  • Disertai dengan gimik perasmian
  • Persembahan pelajar
  • Nyanyian lagu

Thursday, August 12, 2010

Jadual Percubaan PMR Selaras Melaka 2010


Isnin (16.8.2010)
Bahasa Melayu 2
Bahasa Melayu 1
Geografi 1
Selasa (17.8.2010)
Bahasa Inggeris 1
Bahasa Inggeris 2
Rabu (18.8.2010)
Matematik 1
Matematik 2
Kemahiran Hidup
Khamis (19.8.2010)
Sejarah
Sains 1
Sains 2
Jumaat (20.8.2010)
Pendidikan Islam

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Sempena bulan ramadhan, dikongsi sedikit bingkisan fadilat terawih
Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.
Malam kedua
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.
Malam ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.
Malam keempat
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran. [Bagi kitab Taurat, Injil dan Zabur adalah benar sebelum kedatangan Islam, namun kini, Al-Quran adalah satu-satunya kitab Allah yang lengkap mengiringi turunnya agama yang lahir dari zaman Rasulullah, iaitu Islam. Al-Quran merangkumi isi kesemua kitab-kitab sebelumnya.]
Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.
Malam keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.
Malam ketujuh
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.
Malam kelapan
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.
Malam kesembilan
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
Malam kesepuluh
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam kesebelas
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.
Malam kedua belas
Muka bercahaya di hari Kiamat.
Malam ketiga belas
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.
Malam keempat belas
Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
Malam kelima belas
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.
Malam keenam belas
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.
Malam ketujuh belas
Diberi pahala seperti pahala para nabi.
Malam kelapan belas
Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.
Malam kesembilan belas
Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
Malam kedua puluh
Diberi pahala para syuhada dan solihin.
Malam dua puluh satu
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.
Malam kedua puluh dua
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
Malam kedua puluh tiga
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima
Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan
Allah mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.

Penutupan Bulan Membaca 2010

Pagi ini semasa perhimpunan sekolah Tuan Pengetua melakukan penutupan bulan membaca tahun 2010 yang dikendalikan oleh  Pusat Sumber Sekolah. Acara diserikan dengan ucapan guru media, persembahan pelajar, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang aktiviti sempena Bulan Membaca.

Kuiz Spontan Matematik : Siti Fatimah
Kuiz Spontan Pend Islam: Muhd Naim
Resensi Buku : Hamdan
Scrap Book English:Nor Ezzryn Sazerin dan Mohd Redzuan
Buku Scrap B.Melayu: Nadia Syahirah dan Nor Nabilah
Jejak Maklumat: Muhd Fauzi dan Muhd Nur Faiz
Pertandingan Bercerita: Siti Khairiyah
Pertandingan Silang Kata: Muhd Amirul
Pertandingan Ulasan Buku : Nur Baity
Pertandingan Sudut Bacaan : kelas 5 Al-Biruni
Ahli terbanyak melanggan Akhbar:  Kelas 2 Al-Birunmi
Pembeli kopun terbanyak jualan Buku : Aliah Zuhairah

Program Hujung Minggu Sekolah

Beberapa program di adakan di sekolah pada hujung minggu dari 6 hingga 8 Ogos 2010 antaranya adalah

Program 3A ( Akidah,Akhlak dan Akademik ) untuk semua tingkatan 1 .Antara pengisian program adalah perkhemahan , latihan dalam kumpulan, ceramah, solat Qiamullail, persembahan pelajar, aktiviti riadah. Aktiviti ini mendapat kerjasama dari kumpulan fasilitator dari kumpulan motivator jemputan

Pasukan kriket sekolah mengadakan pertandingan simulasi dengan pasukan dari persatuan kriket Sri Lanka yang dalam rangka lawatan selama seminggu ke Malaysia. Walaupun hari hujan kedua pasukan berpeluang juga mengadakan satu perlawanan dari 2 yang dirancang. Pendedahan perlawanan ini melengkapkan program pembangunan sukan kriket bagi tahun 2009/2010 dan akan disambung semula selepas tamat PMR tahun ini .Disamping itu seramai 3 orang pelajar perempuan tingkatan 5ALB menyertai pemilihan peringkat pusat untuk mewakili Malaysia bagi pasukan kriket bawah 18 tahun  di Pandamar Selangor. 

Sekolah juga dikunjungi oleh siswa dan siswi dari UITM Puncak Alam Selangor yang mengadakan lawatan dan program khidmat bakti di kawasan ADUN Pantai Kundur. Persinggahan mereka ke SMK Kg Gelam telah diambil kesempatan untuk mengadakan perlawanan bola jaring dengan pasukan pelajar dan guru sekolah. Jalinan  ini diharapkan akan diteruskan untuk manafaat bersama di masa hadapan.

Rencana mengenai perlawanan persahabatan SMK Kg Gelam dengan pelawat Sri Lanka di Melaka Hari ini.

Friday, August 6, 2010

konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi


Syabas kepada pasukan projek koperasi sekolah yang telah menyertai konvensyen tersebut  bertempat di auditorium masjid Al Azim pada khamis 5 Ogos.
Pasukan sekolah mempersembahkan projek ciptaan  pelajar tingkatan 1 bertemakan penghasilan cenderamata untuk jualan .Mereka membawa pulang sijil penyertaan ,  cenderamata dan hadiah RM 500.00.

Sunday, August 1, 2010

Hari Kokurikulum Kali Pertama



Tahniah kepada warga SMK. Kampung Gelam atas kemeriahan sambutan Hari Kokurikulum yang telah berlangsung pada 30 dan 31 Julai 2010..
Kemeriahan hari Kokurikulum diserikan lagi dengan kehadiran YB Abd Rahman yang telah merasmikan program ini dan menaja surat khabar sebanyak 300 naskah untuk diedarkan secara percuma kepada para tetamu..
Kerjasama pihak Utusan Malaysia juga tidak dilupakan yang membantu publisiti dengan menyiarkan artikel pertandingan mewarna sempena Hari Kokurikulum di dalam ruangan mereka..
Kebiasaan sekolah yang sunyi pada hari sabtu telah berubah menjadi seperti tapak pesta dengan kehadiran orang ramai..Pelbagai gelagat pengunjung dapat dilihat..Yang paling mencuit hati gelagat pengunjung cilik yang begitu ceria berlarian di kawasan sekolah..
Bakat-bakat terpendam juga berjaya dicungkil dari aktiviti yang dijalankan antaranya pertandingan perkhemahan, mewarna, persembahan perdana, kawat kaki, bola sepak, bola jaring,pameran,memasak, kareoka dan jualan..
Gelagat para guru yang 'bertanding' sesama sendiri untuk melariskan jualan menjadikan suasana tapak jualan gamat.... Antara 'usahawan' yang muncul pada hari Kokurikulum ialah Cikgu Zaidi : ice blended gebu, Cikgu Noorfaeizah : Kebab + bihun sup, Cikgu Nik Zaleha :roti john.., Cikgu Rohimah: jualan tudung Yuna, Cikgu Norsiah: kain-kain pasang yang cantik dan menawan, Ustaz Halim: dodol..

Persediaan perkhemahan


lagi berita mengenai Hari Kokurikulum di akhbar berita mingguan Malaysia 

Friday, July 30, 2010

Hari Kokurikulum Sekolah


Semua ibubapa dan pelajar juga orang ramai dijemput untuk bersama menjayakan Hari Kokurikulum Kali Pertama SMK Kampung Gelam pada 30 dan 31 Julai 2010 bertempat persekitaran sekolah

29 Julai 2010 ( Khamis)
  • Pemilihan akhir persembahan kumpulan persatuan dan kelab

30 Julai 2010

  • persiapan tempat pameran
  • perkhemahan pelajar
  • pertandingan kawad kaki 
  • persembahan kebudayaan
31 Julai 2010
  • kuliah subuh 
  • senaman pagi
  • gerai jualan
  • pameran polis, tentera, bomba, penjara 
  • pertandingan masakan
  • Pemeriksaan perubatan
  • Ceramah Kesihatan Tradisional
  • Pertandingan bola jaring dan futsal
  • Permintaan lagu DJ
  • Persembahan Perdana Persatuan/Kelab
  • Perasmian oleh AUN Pantai Kundur
  • Grading tae Kwan Do
  • Pertandingan Karoeke
  • Tarik Tali antatra persatuan
  • Program Membaca bersama Utusan Malaysia
  • Pertandingan melukis dan mewarna Utusan Malaysia
Petikan Akhbar Utusan Malaysia 30 Julai 2010


    Thursday, July 29, 2010

    Polisi Sekolah Selamat


    ..Pada hari ini, pertandingan persembahan kelab dan persatuan telah berlangsung dengan meriahnya di dewan sekolah. Persaingan sengit daripada pelajar-pelajar yang mewakili kelab, persatuan masing-masing. Persembahan yang dipertontonkan sangat variasi.Tahniah diucapkan kepada kelab dan persatuan yang berjaya ke Persembahan Perdana pada Hari Kokurikulum (sabtu , 31 julai 2010)...

    ...Pada hari jumaat, pelbagai acara menanti anda lagi...


    ..Antara persatuan yang membuat persembahan..

    Wednesday, July 21, 2010

    Ketua Pengawas Sekolah


    Pada hari ini, para pelajar sedang menjalani peperiksaan Sumatif 2 yang baru bermula..
    Harap pelajar dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan cemerlang..

    ...Good luck...
    ..Selamat berjaya..
    viel gluck!!!

    Pelajar tekun menjawab exam