Di Pejabat sekolah Pengetua menyampaikan cek kepada dua keluarga pelajar kita yang meninggal dunia tahun lepas akibat kemalangan jalanraya bagi pihak Syarikat Takaful Malaysia.
SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA
TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF
TANGGUNGJAWAB :: KUALITI :: PRODUKTIF
KM 13 KG GELAM, 76400 TG KLING, MELAKA
Km 13 Kg Gelam, 76400 Tanjong Keling, Melaka.
![]() |
| Peserta SMeK-G sedang membuat persembahan |
Pada hujung minggu yang lalu, telah diadakan kursus pemantapan jati diri untuk pelajar tingkatan 5. Program ini dikendalikan oleh pelajar kolej universiti islam Melaka. Tahniah kepada pelajar yang berjaya menghadirkan diri untuk program berkenaan. Terima kasih kepada guru-guru yang bertungkus lumus mengorbankan masa hujung minggu bagi memastikan program ini berjalan lancar. Unit PSS turut mengadakan kursus proses teknik buku bagi memantapkan pengurusan perpustakaan sekolah. Terima kasih kepada pengawas perpustakaan yang menghadiri kursus. Semoga kursus ini banyak memberi manfaat dan info tambahan kepada pelajar. |
| Unit Sukan SMK. Kampung Gelam telah berjaya menganjurkan sukantara antara rumah sukan. Acara ini telah mengambil masa selama 2 hari. Acara pada tahun ini ialah 100 meter lari, lempar cakera, lontar peluru, lompat jauh. Para pelajar bersemangat kesukanan yang tinggi demi menyumbang mata kepada rumah masing-masing. pada hari khamis, pelajar ting 1,2 dan 3 pula membuat larian 100 meter dan lompat jauh. Manakala pelajar ting 4 dan 5 pula mereka melontar peluru dan lempar cakera. |
Pada 2 April 2011 yang lepas, 3 orang pelajar tingkatan 2 Al-biruni telah mewakili sekolah untuk pertandingan RHB & The Star : mighty Minds challenge bertempat di Dataran Pahlawan. Pertandingan in terbahagi kepada 2 bahagian iaitu menengah rendah dan menengah atas. Sekolah kita hanya menghantar wakil menengah rendah. tahniah kepada wakil sekolah kita, iaitu 1. Mohd Nabir 2. Siti Khairiyah 3. Nurliyana |
| Majlis pelancaran blog dan majalah keluaran khas daripada pelajar 2 Al-Biruni 2011 telah berlangsung dengan jayanya.. Blog dan majalah ini merupakan hasil kerja dan inisiatif pelajar sendiri. Mereka memulakan langkah dengan menerbitkan majalah keluaran januari tanpa pengetahuan guru. Ini bermaksud edisi januari mereka adalah seratus peratus hasil kreativiti dan karya pelajar. Bermula dari sini, guru-guru membantu memberi panduan. Tetapi seperti yang dikatakan oleh Pn. Ungku Khairunisa, pertolongan guru adalah minima. yang selebihnya adalah usaha pelajar sendiri. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada pelajar-pelajar ini. Semoga usaha-usaha mereka akan membuahkan hasil yang lebih cemerlang di akan datang. |
![]() |
| Mesyuarat pengelolaan sayembara pusi PPDMT |
| Kejohanan kriket peringkat negeri sedang berlangsung dengan rancaknya di SMK. Kampung Gelam. Sebanyak 10 pasukan sekolah menengah dan 5 pasukan sekolah rendah telah berentap untuk merebut perisai pusingan. Kejohanan bermula pada 21 feb 2011 dan akan berakhir pada 25 feb 2011. Pada ketika ini, kejohanan peringkat under 12 telah berakhir menyaksikan Sekolah Kebangsaan Lereh menggunguli kejohanan..Manakala, bagi under 18, johan masih menjadi teka teki... |
Dibina :05.06.07
Siap dibina:16.11.08
Di buka Pada:15.06.09
Alamat :
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam ,
KM 13 , Kampung Gelam
76400 Tanjung Kling,
Melaka.
Kod Sekolah :
MEA 2101
Telefon :06-3510477
Fax:06-3512476
Blog :
smkgelam.blogspot.com
email :