Tuesday, June 23, 2015
Jemputan Ke Majlis Jari Waris
Tuesday, June 16, 2015
Wednesday, May 27, 2015
Kejohanan Sukan Balapan & Padang Kali Ke-6 SMK Kampung Gelam Tahun 2015
Naib Johan : Wira (254 mata)
Ketiga : Perdana (214 mata)
Keempat : Waja (159 mata)
Untuk melihat keseluruhan gambar semasa hari sukan berlangsung, klik pautan berikut :
https://plus.google.com/u/0/photos/102480043125431148231/albums/6153381641381601969
atau klik pada menu "Lensa SMeK-G"
Friday, May 22, 2015
Sambutan Hari Guru 2015
Di sini diperturunkan sajak Guru Oh Guru yang ditulis oleh Sasterawan Negara, Almarhum Dato' Usman Awang.
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Hari Koperasi SMK Kampung Gelam 2015
Wednesday, April 29, 2015
Pelancaran Hari Antidadah Peringkat Negeri 2015
Friday, April 24, 2015
Tempat Ke3 Kejohanan Bola Jaring Kawasan Tanjong 2015
Tahniah Pasukan Bola Jaring B18 SMeK-G mendapat tempat Ke3 dalam Kejohanan Bola Jaring Kawasan Tanjong 2015 yang berlangsung pada 22 & 23hb April 2015
Majlis Penutupan Bulan Bahasa
Majlis Penutupan Bulan Bahasa, Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia & Launching Of English Day.
Program telah berlangsung pada Jam 8.00pagi 23hb April 2015 bertempat di Dewan Utama SMK Kampung Gelam dirasmikan oleh tetamu jemputan iaitu Tn Hj Amir bin Bashar, Ketua Penolong Pengarah BTP Negeri Melaka.
Tuesday, April 7, 2015
Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua & Penolong Tingkatan 2015
Tuesday, March 31, 2015
Pelancaran Program Guru Penyayang 2015
Program ini telah berlangsung pada jam 8.00pagi 30hb Mac 2015 semasa perhimpunan rasmi sekolah bertempat di Dewan Utama.
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2015
Acara ini telah diadakan pada 8.00pagi 25 Mac 2015. Johan adalah Rumah Satria. Naib Johan adalah Rumah Waja, Ketiga Rumah Wira & Keempat Rumah Perdana.
Saturday, March 7, 2015
Naib Johan Kejohanan Petanque Piala Angkasa 2015
Tahniah Pasukan Petanque Perempuan SMeK-G mendapat Naib Johan Kejohanan Petanque Piala Angkasa Peringkat Negeri Melaka 2015. Syabas diucapkan!
Monday, February 23, 2015
Saturday, February 14, 2015
Merentas Desa Peringkat Negeri Melaka 2015
Syabas & tahniah kepada Team Olahraga & guru-guru olahraga SMeK-G atas usaha & komitmen yang telah diberikan dalam Acara Merentas Desa Peringkat Negeri 2015.
Tempat ke 6 Merentas Desa Peringkat Negeri
SMK Kampung Gelam mengucapkan tahniah kepada 2 orang pelajar ini iaitu Mohd Akmal mendapat tempat ke 6 & Mohd Firdaus tempat ke 12 dalam Acara Merentas Desa Peringkat Negeri yang telah berlangsung pagi tadi. Tempat 1 hingga 6 bagi setiap kategori akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan nanti. Tahniah diucapkan!
Thursday, February 12, 2015
Tempat Ketiga Kejohanan Bola Baling Kawasan Tanjong
Tahniah Pasukan Bola Baling (Perempuan) SMK Kampung Gelam telah mendapat Tempat Ketiga Kejohanan Bola Baling Kawasan Tanjong.
Monday, February 9, 2015
Pelancaran Program NILAM 2015
Pelancaran Program NILAM telah berlangsung di Dewan Utama pada pagi ini semasa perhimpunan rasmi sekolah dengan tema "Membaca Pencetus Minda". Majlis disempurnakan oleh tetamu jemputan Yang Berbahagia Datuk Wira Hj. Yaakub bin Md. Amin.