Blog Archive

Wednesday, June 17, 2009

Minggu Pertama SMK Kg Gelam


Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti dirancang sejak hari pertama sekolah dibuka. Walaupun masih kekurangan pelengkapan dan peralatan guru dan murid begitu bersemangat dan komited dengan tanggung jawab masing-masing.

Terima kasih kepada sekolah berhampiran dan komuniti setempat kerana membantu peroses pembukaan sekolah ini. Ucapan terima kasih juga kepada warga SMS Muzaffar Syah kerana menghantar kertas dan sumbangan ikhlas mereka kepada sekolah ini.

Sekolah juga mula menerima perlengkapan dan peralatan untuk kegunaan pejabat am sekolah dan bilik-bilik darjah dari JPNMelaka .Semua penghantaran perlatan ini amat membantu proses melicinkan pengurusan sekolah.

Walaupun begitu beberapa siri pengujian mekanikal ,eletrikal, saliran dan bangunan masih dilakukan oleh perunding dan kontraktor bertanggung jawab.

Seorang pembantu am pejabat En Edde dari SMK Seri Tanjung melaporkan diri dan mula menjalankan tugas pada hari Selasa .
Beberapa lawatan dan pemantauan pegawai dari JPNM dan PPD Melaka tengah dari unit HEM,pembangunan, kewangan,kurikulum beserta tuan PPD dan Tuan Pengarah Pelajaran Melaka turut membantu urusan sekolah.

0 comments: