Blog Archive

Wednesday, June 17, 2009

persiapan hari bersejarah



Persiapan untuk menerima kemasukan pelajar ke sekolah berjalan dengan rancaknya. sebagai permulaan blok akademik 1 telah dilengkapkan dengan kerusi meja murid dan guru . Kelengkapan kemudahan kantin sekolah juga telah siap .Penguasaha kantin Pn Maimunah Baba dengan bantuan pekerjanya mula membawa masuk bekalan makanan untuk operasi hari pertama kantin.

Didewan sekolah persiapan untuk taklimat dan pendaftaran telah disediakan dengan guru dan pekerja telah menyusun kerusi dan meja untuk pendaftaran. Cikgu juga mula mempelajari kaedah penggunaan PA sistem yang terdapat di dewan skolah .

Pengetua SMS Muzaffar Syah Tn Hj Baharuddin Burhan berkesempatan hadir dan memberi perangsang dan nasihat kepada guru sekolah semasa sudi melawat sekolah ini petang tadi.
Kontraktor sedang membuat persiapan akhir untuk penyerahan bangunan kepada JPM dengan melakukan kerja-kerja akhir pembersihan peralatan pembinaan dan pengujian mekanikal dan eletrikal .

0 comments: